Thursday, 8 December 2011

Di Saat Aku Mencintaimu

Aarggh kenapa?kenapa? ...terngiang2 je lagu ni dimana2 saja, berputaran, bersiaran..pergi keje, tgh keje, balik keje...mengigau ape!!!

sayu..syahdu..teringatkah?

Dadali : Di Saat Aku Mencintaimu

Mengapa kau pergi, mengapa kau pergi
Di saat aku mulai mencintaimu
Berharap engkau jadi kekasih hatiku
Malah kau pergi jauh dari hidupku
*courtesy of LirikLaguIndonesia.net
Menyendiri lagi, menyendiri lagi
Di saat kau tinggalkan diriku pergi
Tak pernah ada yang menghiasi hariku
Di saat aku terbangun dari tidurku
reff:
Aku inginkan dirimu datang dan temui aku
Kan ku katakan padamu aku sangat mencintai dirimu
Aku inginkan dirimu datang dan temui aku
Kan ku katakan padamu aku sangat mencinta

Menyendiri lagi, menyendiri lagi
Di saat kau tinggalkan diriku pergi
Tak pernah ada yang menghiasi hariku
Di saat aku terbangun dari tidurku

Semoga engkau kan mengerti tentang perasaan ini
maaf ku telah terbuai akan indahnya cinta (indahnya cinta)
Maaf sungguh ku tak bisa (tak bisa) untuk kembali padamu
Maaf ku telah terbuai akan indahnya cinta

Aku inginkan dirimu datang dan temui aku
Kan ku katakan padamu aku sangat mencinta


Soal Hati,
bukan senang nak suka atau jatuh hati kat seseorg...tapi bila dah suka rase sukar untuk melupa..

dah hampir belasan tahun...tp namanya, raut wajahnya masih dlm ingatan bukan dalam kenangan lagi dah..

sukar untuk melupakan..semakin cuba aku lupakan semakin hari aku teringat..
patutlah org kate..jangan pernah cuba untuk belajar melupakan, kerana sebenarnya kita sedang belajar dan mengajar diri untuk mengingatinya...betul ke?Tah ye, mungkin la tu..."Soal Hati"...


Hakikatnya,
kate nak lupakan tapi kenapa beriaya2 aku cari, kalo2 dia ada kat fb ke..
kate x nak ingat tapi kenapa klo ble nak tau je kat mane dia skrg?..mcm mane dia skrg?
tah dia igt pada aku lagi ke tidak..hahahaha...tah2 x cam lg dah..


Tak kesampaian,
rase mcm x guna je cari dia...tapi aku x pernah putus harapan...dah bertahun dah pn..biarpun dah maklum , dah takdir dia bukan untuk ku..cuma mungkin sekurang2nya aku ble jadi sekadar kawan dia...hahaha nak jugak...:)


hmmm, sejak pergi, dia terus menghilang..dan rasanya x kan pernah dapat bertemu kembali...Semoga dia berbahagia bersama ehem2 dia...:)..


Akhir kata tapi bukanlah utk yang terakhir kali..."Kan kukenangmu dalam doaku..."

Tuesday, 4 October 2011

Jika isteri menangis dihadapanmu…


Jika isteri menangis dihadapanmu….

“hargai lah ia sblm terlewat…”

Jika seorang isteri menangis dihadapanmu,
itu bererti dia tidak dapat menahannya lagi…

Jika kau memegang tangannya saat dia menangis, dia akan tinggal bersamamu sepanjang hidupmu..

Jika kau membiarkannya pergi, dia tidak akan kembali menjadi dirinya yang dulu, selamanya!

Seorang isteri tidak akan menangis dengan mudah, kacuali didepan orang yang sangat dia sayangi, dia akan menjadi lemah!

Seorang isteri tidak akan menangis dengan mudah, hanya jika dia sangat menyayangimu.

Dia akan menurunkan rasa EGOnya.

Wahai suami2,

jika seorang istri pernah menangis karenamu, tolong pegang tangannya dengan penuh pengertian.

Kerana dia adalah orang yang akan tetap bersamamu sepanjang hidupmu disaat kau terpuruk terlalu dalam …

Wahai suami2, jika seorang isteri menangis keranamu, tolong jangan menyia-nyiakannya. Mungkin, kerana keputusanmu, kau merosakkan kehidupannya.

Saat dia menangis didepanmu, saat dia menangis keranamu. Lihatlah jauh kedalam matanya. Dapatkah kau lihat dan kau rasakan SAKIT yang dirasakannya keranamu ?

Apakah keistimewaan perempuan ini ? ”

Dibalik KELEMBUTANYA dia memiliki kekuatan yang begitu dahsyat..

TUTUR katanya merupakan KEBENARAN..

SENYUMAN’nya adalah SEMANGAT bagi orang yang dicintainya. .

PELUKAN & CIUMAN’nya bisa memberi KEHANGATAN bagi anak2nya..

Dia TERSENYUM bila melihat temannya tertawa..

Dia TERHARU & Dia MENANGIS bila melihat KESENGSARAAN pd org2 yg dikasihinya. ..

Dia mampu TERSENYUM dibalik KESEDIHAN’nya. .

Dia sangat GEMBIRA melihat KELAHIRAN..

Dia begitu sedih melihat KEMATIAN..

TITISAN air matanya bisa membawa PERDAMAIAN.

Tapi dia sering dilupakan oleh SUAMI...
Bahawa “Betapa BERHARGAnya dia”…

Sebarkan ini ke SELURUH ISTERI2 yg solehah dan SUAMI2 yang kamu kenal agar mereka tidak lupa bahwa ISTERI mrk begitu berHARGA….
 — with Azri Saad.

Wednesday, 28 September 2011

Little Khalifah

Salam teman2, alhamdulillah aku masih diberi nafas untuk terus menjalani hidupku, segala puji2an kukembalikan kepada Nya yang selayaknya dipuji..baru nk warming up pagi2 ni terpapar di screen pc satu titipan minda dari seorang teman sekerja...Terima kasih Kak Linda atas titipan motivasi pagi ni...

Tanpa membuang masa aku terus membuka blog yang tidak terpantau ni, agar dapat aku abadikan setiap ilmu, sisipan minda atau apa jua pengetahuan dan pengalaman yang dengannya dapat memberikan pengajaran dan ilmu berguna serta semangat baru di setiap hari2 yang dilalui dan bakal dilalui..:)

Hmmm, rupanya sambungan ilmu yang dibicarakan semalam berkaitan dgn pendidikan anak2..moga ilmu hari ni dapat dimanfaatkan sebaiknya memandangkan dunia hari ini begitu penuh dengan pancaroba dalam siri mendidik anak menjadi insan soleh/solehah dan terpimpin di jalan yang benar...Amin


Prof. Dr. Muhammad al’Mahdi (The Khalifah Institute) said as below:


"I give you my guarantee that if you try these simple, easy to learn techniques you cannot fail to see positive changes in your children. This, for a successful beginning, is all you need do:

a.Find several different ways each day to remind your child that they are Khalifah of Allah.

b.Take the opportunity, a number of times each day, to give positive attention (warm praise) to your child for any good things they do or good characteristics they show.

c.Set firm, reasonable rules for your child, make sure your child understands those rules, and enforce those rules consistently with “kind” discipline (this means without harshness)."

Tuesday, 27 September 2011

Suami Hanyalah Tetamu

ARKIB Utusan : 27/03/2011

 

Saya berpendapat kebanyakan masalah yang sering melanda rumahtangga berpunca daripada skap wanita sendiri yang terlalu sayangkan suami, sanggup mengabdikan diri asalkan suami sayang, walaupun ada kalanya boleh menjerat diri.'' Demikian cerita Marlisya dalam e-melnya.
''Bertambah gigil bila ustaz kata syurga di bawah tapak kaki suami, maka isteri jadi lebih takut, taat membabi buta tanpa mengira sama ada suami itu penzina, peminum, kaki pukul dan tak bertanggungjawab, hingga mereka lupa masa depan sendiri. Pada saya isteri seperti itu hanya membodohkan diri sendiri.
''Kebanyakan suami berpendapat kasih sayangnya setinggi gunung, melimpah ruah sehingga boleh dikongsi ramai wanita yang menjadi isteri-isteri ataupun kekasih. Kerana itulah saya berpendapat suami adalah tetamu dalam kehidupan saya. Suami boleh datang dan pergi sesuka hatinya. Hari ini dia boleh sayangkan kita esok lusa dia boleh berubah dan mencintai orang lain pula.
''Jadi nasihat saya kepada isteri berpada-padalah memberi cinta, kasih dan sayang kepada suami, janganlah sampai menghambakan diri. Kerana jika bercerai suami tetap dipanggil sebagai bekas suami, sudah tiada hubungan lagi dengan kita. Ketika itu jika nasib kurang baik, anak-anak pun dia buat-buat tak kenal kerana tak mahu bertanggungjawab.
''Demikian juga halnya dengan anak-anak yang saya ibaratkan juga sebagai tetamu. Sewaktu kecil kita jaga, didik dan membesarkan mereka. Itu tanggungjawab kita, tetapi setelah berkahwin, mereka ada keluarga sendiri, akhirnya kita semakin jauh daripada hidup mereka, hanya sesekali mereka datang menjengok kita ibarat tetamu.

''Memberi kasih sayang, cinta kepada manusia biarlah berpada-pada, kecuali kepada Allah. Ada isteri terlalu fanatik mencintai suami hingga sanggup mengabaikan diri sendiri. Pada saya itu isteri bodoh.
''Saya bercakap dari pengalaman sendiri. Pernah 20 tahun dulu suami saya jatuh cinta dengan seorang janda dan bercadang untuk berkahwin. Janda itu kawan baik saya. Bila berita tersebut tersebar saya telefon ibu janda itu dan nasihatkan beliau supaya izinkan anaknya berkahwin.
''Ketika itu saya ada dua orang anak. Tetapi saya setitik air mata pun tak tumpah kerana peristiwa itu. Rasanya tak berbaloi saya nak menangis. Sambil menolong suami memasukkan pakaian dalam beg, saya kata padanya; ''Saya reda awak kahwin dengan wanita itu sekiranya dia lebih baik daripada saya. Mungkin juga Allah nak pertemukan saya dengan lelaki yang lebih baik daripada awak.'' Agaknya kata-kata saya pedas, akhirnya dia tak jadi kahwin, mungkin dia fikir jika saya dirceraikan dia takut saya berkahwin dengan lelaki lain yang mungkin lebih baik daripadanya. Dia jadi cemburu.

Kewangan

''Kini setelah 30 tahun berkahwin dan ada tiga orang anak, kesimpulannya saya rasa tidak perlu mencintai suami 100 peratus, sebaliknya saya jadi isteri yang mementingkan diri sendiri. Saya berkira dalam soal kewangan walaupun 80 peratus perbelanjaan rumah, saya yang sumbang seperti duit pasar, termasuklah duit pengasuh anak ketika mereka kecil dan duit tuisyen setelah mereka besar. Saya reda, biarlah Allah beri keberkatan kepada saya.
''Nasihat saya isteri jangan bergantung 100 peratus pada suami, buat simpanan sendiri, jangan buka akaun bank simpanan bersama, jangan beritahu jumlah duit kita, jangan jadi penjamin kalau suami nak pinjam bank. Kerana kalau ada simpanan sendiri anda tak takut jika suami buat hal, kerana kita pun boleh letak jawatan jadi isteri dengan hati tenang.

''Nasihat emak penuh berkias kepada saya ketika berkahwin dulu, katanya; ''kalau sayang sangat suami jangan tidur dalam perut suami.'' Puas saya fikir apa maksut emak rupanya emak pesan jangan terlalu percayakan suami walaupun kita sayang dia.
''Ayah pulak ketika saya kahwin dia hadiahkan sebilah kapak kecil (yang saya simpan sampai kini). Ia sebagai simbolik supaya saya jadi isteri yang tabah, cekal dan berani mempertahankan diri dari segala dugaan dan ancaman. Sungguh dalam makna dan nasihat emak ayah kepada saya.
''Jika ada masa saya pergi melancong keluar negara, ke Eropah, Korea dan China atau ke mana sahaja saya teringin. Hati saya tenang di samping anak-anak yang masih menuntut, sebab lepas kahwin saya lambat dapat anak. Kini suami semakin sayangkan saya. Mungkin dia sedar kesilapannya dan merasa rugi kalau ceraikan saya.

''Kepada isteri-isteri yang masih terperangkap dengan masalah dan perangai suami, kerana kesilapan sendiri terlalu mencintainya sepenuh hati, bawalah bersabar. Anda masih belum terlambat untuk membetulkan keadaan demi masa depan anda. Dekatkan diri dengan Allah semoga anda mendapat ketenangan dan ganjaranNya.
''Kepada ibu bapa yang ada anak perempuan yang akan atau sudah berkahwin titiplah nasihat agar mereka dapat menempuh hidup ini dengan hati terbuka, berani dan cukup bersedia menghadapi masalah rumahtangga.
''Jika ada anak lelaki nasihat mereka supaya jadi suami bertanggungjawab, kerana kebanyakan punca keruntuhan rumahtangga hari ini adalah kerana kaum lelaki tidak tahu jalankan tanggungjawab seperti yang diamanahkan oleh Allah.

''Ingatlah wahai suami semua, hidup anda dan kita semua bukan di dunia ini sahaja, akhirat kelak kita akan mendapat balasan setimpal dengan apa yang kita lakukan semasa hayat kita. .
''Bagi saya hidup ini terlalu singkat kerana itu wanita perlu mencari sendiri kebahagian, jangan tunggu orang lain membahagiakan kita dan lebih penting jangan perbodohkan diri untuk keselesaan orang lain, walaupun suami sendiri.
''Sebaiknya isteri juga mesti mencari keselesaan hidup di dunia dan di akhirat.'' Pesanan Marlisya menutup cerita.

Friday, 22 July 2011

Buang yang keruh ambil yang jernih...

Sejak dua menjak nih..hati aku sayu...x tau kenapa..aku mula berpikir dan terus memikir..
apakah kesudahannya..apa yang aku inginkan...apa yang aku cari...apa yang harus kulakukan..hmmmm...
mungkin dh tiba mase aku lupakan sesuatu yang tidak dapat kulupakan selama ini...Buang yang keruh ambil yang jernih...atau maksudnya lebih kurang begini kot : Buang yang jahat ambil yang baik; memulai penghidupan yang baru..kehidupan yang lebih baik utk kucorakkan..
Mudahan2 rahmat kasih sayang dr NYA hadir mengiringi perjalananku hingga ke akhirnya..InsyaAllah... 

Tuesday, 21 June 2011

Kejahatan itu bukan satu kebetulan

Kejahatan itu bukan satu kebetulan. Ia adalah satu kebiasaan yang terbentuk perlahan-lahan, tahap demi tahap. Pertama kali terbuat dosa, hati akan diburu rasa bersalah.
Jiwa resah kerana diri menentang fitrah. Kesalnya bukan main. Sesalnya sungguh merimaskan. Rasa bersalah itu memang resah. Benarlah seperti yang sering diungkapkan, bila manusia berdosa dia bukan sahaja menentang Allah tetapi juga menentang dirinya sendiri.
Namun rasa berdosa itu tidak lama. Jika dosa yang sama dibuat kali kedua, ketiga dan seterusnya... rasa bersalah itu akan hilang. Sedikit demi sedikit. Lalu akhirnya, hati itu telah terbiasa dengan dosa. Rasa bersalah tidak muncul lagi. Ia sirna dimamah oleh dosa demi dosa. Jika dulu ada air mata yang mengalir kerana kekesalan dan penyesalan... tetapi di tahap kedua ini, tiada air mata lagi. Alah bisa tegal biasa. Hati telah tega untuk berdosa.
Dosa itu racun yang disalut kemanisan. Dosa yang dilazimi tidak akan terhenti kesannya pada hati. Dari tahap terbiasa dengan dosa, kederhakaan meningkat lebih parah lagi. Tibalah hati pada tahap ketiga, yakni seronok dan rasa indah dengan dosa. Diri sentiasa mengintai peluang dan ruang untuk melakukannya. Rasa ketagih dengan maksiat, rasa gian dengan kemungkaran, mencengkam hati dan diri. Racun dosa terasa nikmatnya. Tiada lagi rasa bersalah. Bisa dosa yang terbiasa menjelma menjadi fatamorgana nikmat yang tiada taranya.
Nafsu tidak pernah puas. Kehendaknya tiada batas. Syaitan tidak pernah tidur. Usahanya tidak pernah kendur. Lalu apabila syaitan meluncur laju di lebuhraya nafsu, diri yang seronok dengan dosa itu dirasuk untuk 'maju' setapak lagi. Itulah tahap keempat yang lebih dahsyat dan sesat. Keseronokan dosa menjadi si berdosa itu menjadi pembela dan pejuangnya. Dosa dipromosi dan dihiasi sebagai jalan kebenaran dan denai keindahan. Jangan ada pembela agama yang bercakap tentang akhirat dan kiamat... pejuang dosa itu pun bangun menentangnya dengan seluruh upaya dan kudrat.
Justeru wahai diri, berhati-hatilah dengan dosa. Jangan tertipu oleh kecil atau remehnya suatu kederhakaan. Ingat, tusukan dosa bukan seperti belati yang membunuh tiba-tiba, tetapi ia umpama api dalam sekam yang membara dalam diam. Keterlanjuran kali pertama jangan disusuli oleh kesengajaan kali kedua. Kelak akan menyusul perancangan dan perjuangan atas nama dosa.
Wahai diri... ketika rasa bersalah singgah di dalam hati pada kali pertama kau berdosa, ketahuilah itu adalah 'peringatan' yang Allah bekalkan secara tabii untuk menjaga fitrah insani. Itu petanda yang hatimu masih hidup. Penyesalan itukan syarat taubat? Maka susulilah dengan syarat kedua dan ketiga (jika dosa itu dengan Allah). Jika dosa itu dengan manusia, tambahlah lagi dengan syarat yang keempat. Tidak mengapa jika kau terlanjur lagi berdosa selepas itu. Bertaubatlah kembali. Hatimu akan hidup lagi. Selagi ada rasa bersalah, selagi itulah ada sarana untuk kembali kepada Allah. Jangan putus asa oleh taubat yang patah, kerana kasih-sayang Allah akan menumbuhkan taubat kali kedua, ketiga dan seterusnya.
Wahai diri, biarlah dirimu jatuh bangun, merangkak tegak, dalam taubat demi taubat yang tidak 'menjadi' berbanding larian dosa yang maju dan laju tanpa henti-henti. Lebih baik terbentur, daripada patah. Lebih baik hatimu selalu terdera oleh rasa berdosa sepanjang hayat, daripada tertipu oleh 'nikmatnya' yang menyebabkan siksa selamanya di akhirat.
Wahai diri, ingatlah... sekalipun kau terhijab daripada mengecapi nikmat ketaatan, tapi jangan sampai kau tertipu oleh nikmat kejahatan. Berhati-hatilah menjaga hati. Tidak mengapa kau selalu menangis kerana dosa... tetapi jangan sampai kau tersenyum kerananya! Ingatlah selalu, kejahatan yang menyebabkan kau menangis, lebih baik daripada kebaikan yang menimbulkan rasa takbur!
Diambil dari petikan asal : I Luv Islam (ISN, 14 MAC 2011)
 

Monday, 25 April 2011

Salam Perkenalan...

Tiada kata seindah bahasa...tiada jalinan didahului perkenalan...
Buat pertama kali kugagahi diri mencerburkan diri di arena ini...rase teringin dan terujaku telah sekian lama, namun batas waktu dan kekangan-kekangan yang ada membantutkan gerak rasa hatiku...Hari ini entah dari mana kekuatan ini datang, inilah ruang dan peluang yang masih diberi untuk mencari sedikit pengertian diri dan hidup di dunia penuh pancaroba ini...syukur padaMu Ilahi..kerana anugerah yang tidak putus dikurniakan kepada hambuMu ini...Buat teman, sahabat dan rakan kenalan...
Salam perkenalan kepada kalian...moga jalinan ikatan insan akan terus berkekalan...

Aku Menulis Bukan Kerna Nama..
- Su -