Tuesday, 30 October 2012

Petua Oh Petua...

Saya suka membaca petua-petua lama dan baru...baik untuk dicuba...baik untuk diri, baik juga untuk keluarga...
adakah saya pengamal tegar petua-petua yang saya kutip dan titip ini?..hehehe , insyaAllah..
i likeee :)


*Menghilangkan Karat Kepada Pakaian:
Perahkan air limau nipis ke dalam bekas berisi satu sudu kecil garam halus.kacau hingga sebati dan sapukan kepada pakaian yang terkena karat. biarkan beberapa minit sebelum dibubuhkan sabun dan diberus seperti biasa.

*Hampas Teh Suburkan Tanaman:
Taburkan hampas teh di sekeliling pokok hiasan di dalam pasu dan siramlah tanaman itu seperti biasa, dalam beberapa hari, tanaman anda akan menjadi lebih subur dan hijau.

* Merawat Kulit Berkedut:
Parutkan sebatang lobak merah yang telah dibersihkkan, lalu dicampurkan bersama sesudu tepung jagung dan sebiji kuning telur. sebatikan bancuhan itu lalu dioleskan kepada kulit sekali sehari. amalkan sehingga berkesan.

*Segarkan Mata:
Sapukan minyak zaitun di sekeliling mata sebelum tidur.

*Kunyit Atasi Hidung Bayi Tersumbat:
Asahkan ibu kunyit kepada batu atau belakang pasu yang bersih, dan sapukan
airnya secara nipis di sekeliling hidung bayi. awas! jangan biarkan air itu meleleh ke dalam hidung.

*Menaikkan Seri Muka:
Basuhkan muka anda dengan menggunakan air basuhan beras yang ke tiga.
bilas dengan air bersih setelah sepuluh minit berlalu. amalkan selalu.

*Limau Nipis Mewangikan Rambut:
Potong dua biji limau nipis melintang. Kemudian gosokkan ke kulit kepala yang telah dibasahkan. gosok rata sehingga air limau meresap ke akar rambut. biarkan beberapa minit sebelum dibilas.

*Ubati Bibir Yang Pecah:
Bancuhkan air suam bersama gula merah dan sedikit asam jawa kemudian diminum beberapa kali.

*Menghilangkan Kembong Perut.
Ambil tiga helai daun mengkudu muda dan sapukan minyak kelapa. kemudian
layurkan ke atas api selama dua minit. setelah itu, daun yang masih panas
ditekapkan kepada perut. 


*Atasi Tumit Pecah:
Gosokkan tumit kaki dengan menggunakan belimbing buluh. kemudian berus tumit
kaki dengan berus lembut. amalkan sebelum mandi.

*Melembutkan Tapak Kaki:
Ambil sedikit hampas kelapa dan campurkan dengan air perahan limau nipis. gosokkan tapak kaki dengan bancuhan itu berulangkali. amalkan sekurang - kurangnya seminggu untuk mendapat hasilnya.

*Menghapuskan Urat Timbul Dikaki Sewaktu Mengandung:
Belah beberapa ulas bawang putih lalu ditenyeh kepada urat yang mula timbul. amalkan selalu.

*Menghalau Semut:
Masukkan beberapa batang kulit kayu manis dan bunga cengkih ke dalam bekas berisi gula.

*Mengelakkan Lipas:
Ambil beberapa helai daun pandan dan letakkan di tempat kegemaran lipas seperti almari pakaian dan ceruk-ceruk dapur. apabila daun pandan itu sudah layu, gantikannya dengan daun-daun baru.

*Hilangkan Lebam Di bawah Mata:
Sapukan bahagian lebam itu dengan air perahan limau nipis. lakukan beberapa
kali.

*Meredakan Batuk:
Rendamkan gula batu, getah anggur dan kembang semangkuk selama semalaman di
dalam jag berisi air masak. berikan minuman ini kepada orang yang batuk sekerap mungkin. 


*Mengembalikan Seri Muka Selepas Bersalin:
Rebus beberapa tangkai daun inai dan minum airnya tiga kali seminggu.seeloknya pada waktu pagi dan malam.

*Menghaluskan Kulit Muka:
Bancuh sedikit asam jawa bersama air dan sesudu tepong ubi. kacau sehingga
ia menjadi larutan pekat. pupurkan kepada muka yang telah dibersihkan. biarkan ia mengering lebih kurang limabelas minit. selepas itu barulah dibilas.

*Putihkan gigi:
Sebelum kita mengosok gigi dengan menggunakan ubat gigi... gosoklah gigi dengan menggunakan SERBUK PENAIK atau lebih di kenali sebagai SODIUM BIKARBONAT terlebih dahulu.Kumur dan gosoklah gigi dengan ubat gigi seperti biasa. Amalkan petua ini seminggu dua ke tiga kali.

*Pecah Lemak
Mereka yang berhadapan dengan masalah berat badan sanggup mengeluarkan perbelanjaan yang besar bagi mendapatkan bentuk badan yang cantik. Walau bagaimana pun pelaburan itu ada kalanya mengecewakan. Jangan putus asa dan apa kata cuba petua tradisional. Selain mudah diamalkan, ia juga tidak memerlukan kos yang tinggi. Sediakan kapur sirih dan campurkan ia dengan limau nipis serta ragi. Setelah digaul sebati, sapukan pada tempat yang diingini seperti perut, paha, betis, lengan atau pun keseluruhan tubuh. Untuk mendapat hasil yang menggembirakan, amalkan petua ini sekerap yang mungkin.

Faridah Omar, Jerantut, Pahang.

*Petua Siku & Lutut Cantik
Majoriti di kalangan kita berhadapan dengan masalah siku dan lutut kehitam-hitaman dan mati kutu. Bagaimana mahu merawat masalah ini sekali gus menjadikannya cantik seperti asal. Petua yang mudah diikuti ialah dengan memarut buah nanas segar yang telah dicuci bersih. Setelah mendapat kuantiti yang mencukupi, sapukan ia pada siku serta lutut. Gosok bahagian itu perlahan-lahan dan biarkan selama beberapa minit agar zat semula jadinya dapat memberikan kesan yang baik. Selepas itu bilas dengan air suam sehingga hilang rasa melekit. Keringkan dengan tuala bersih dan jangan lupa untuk menyapukan minyak bayi atau pun pelembap. Petua ini boleh diamalkan sekerap mungkin dan selamat menikmati hasilnya.

Siti Nora Sani, Segamat, Johor.

*Petua Turun-Temurun Atasi Jeragat
Semakin usia meningkat, semakin banyak jeragat akan kelihatan dan ia memang menggusarkan sesiapa sahaja. Selain rawatan di pusat kecantikan, anda juga boleh mencuba petua turun- temurun ini. Sediakan dua inci daun betik muda, segenggam beras, air dan satu inci kulit kayu manis. Terlebih dahulu, beras perlulah direndam semalaman. Keesokannya, kisar beras itu bersama-sama daun betik serta kulit kayu manis. Setelah siap, sapu atau gosok perlahan-lahan pada seluruh wajah. Biarkan ia kering dalam 20 minit sebelum boleh dibilas dengan air suam. Semoga petua ini dapat membantu mengurangkan tompok-tompok hitam sekali gus menyerlahkan kecantikan semula jadi.

Fatimah Ahmad, Kangar, Perlis.

*Petua Anti Kedut
Pisang kaya dengan potasium yang baik untuk kesihatan. Selain sedap dimakan, pisang juga dapat membantu mengurangkan kedutan pada wajah akibat penuaan. Caranya ialah dengan memotong pisang dengan saiz kecil dan kemudian dikisar sehingga halus. Selepas itu, sapukan krim pisang itu pada wajah dan biarkan selama 10 minit sehingga 15 minit. Seterusnya bilas dengan air suam dan sekali lagi dengan air bersih. Masker pisang ini seelok-eloknya dilakukan sekali dalam seminggu bagi merasai perbezaannya. Petua ini begitu diamalkan dan selamat mencuba.

Nur Amira Abdul Halim, Sungai Buloh, Selangor.


Monday, 29 October 2012

Petua Mendapat Anak Lelaki

Aku teringin dapat anak lelaki..selepas melahirkan 2 puteri Nurul Zahirah Syami dan Nurul Fatehah Izzati. Nampaknya semacam dia x berapa berkenan dan sering melahirkan kekesalan sebab dapat anak perempuan je (Fahamilah ini adalah urusan Tuhan bukan aku yg tentukan). Namun bg aku, ini adalah anugerah ALLAH yang tidak ternilai. Perit mengandung dan sakit yg ditanggung di saat2 melahirkan amatlah bererti. Tak kisah lah lelaki atau perempuan asalkan selamat dan sempurna kejadiannya. Alhamdulillah.

Untuk yang seterusnya, dalam keadaan yang tidak dapat aku jangka ini aku mesti bertindak. Kali ni aku lebih bersedia. Aku mencari dan mencari pelbagai petua khusus untuk mendapatkan anak lelaki x kira dari sudut pemakanan dan juga teknik2 berkaitan ...huhuu.

Aku berharap usahaku kali ini beroleh kejayaan..sepatutnya ini bukanlah usaha aku sorg je..tp buat permulaan ni aku yg harus memulakannya.

Setelah segala usaha, ikhtiar dan perhatian kuberikan , tiba waktu untuk aku berserah dan bertawakal kepada ALLAH S.W.T. Berkat bulan Ramadhan yang mulia, doa kupohon tidak putus2 ke hadrat Ilahi..Mohon diperkenankan doa. Aku bernazar untuk berpuasa 7 hr berturut2 seandainya doa dan hasrat aku dimakbulkan.

9 bulan berlalu pantas,alhamdulillah aku dapat sempurnakan puasa aku penuh sebulan Ramadhan.Aku berserah padaNya sepenuh penyerahan...dah tiba due aku untuk melahirkan tapi aku x rase apa2 kelainan..huhu suspen tul..tunggu lagi sehari.

Alhamdulillah, tanggal 19 Januari 2007 sehari sebelum tarikh lahirku, putera pertamaku lahir dgn selamat di HBTAR Klang, kali ni aku masuk wad Kelas 1 huhuhu ..Dia seakan tidak percaya dapat bayi lelaki, tp aku meyakinkan dia..Siapa berusaha, dia akan mendapat. 

Puteraku diberi nama Muhammad Nur Saifullah, antara nama yang terilham di dalam mimpi ku. Saifullah bermakna Pedang Allah. Dah besar pn putera ibu seorang ni, semoga dia menjadi ank yang soleh dan cemerlang dunia dan akhirat. Amin.



Nah ini dia yang aku cari dulu, kini dan selama ini,selamat mencuba..;)   


1. MELALUI PEMAKANAN


Hasil kajian Prof. Roger Hanrion, seorang pakar perbidanan dan sakit puan dan Dr. Francois Papa seorang pakar runding di bidang yang sama di Por Royal Hospital, Paris, mendapati:

i. Untuk mendapat anak lelaki ibu disyorkan supaya memakan makanan yang mengandungi lebih daging, buah-buahan dan bergaram

ii. Untuk mendapat anak perempuan pula, makanlah makanan yang kaya dengan lemak dan juga makanan yang dibuat daripada susu

Menurut kajian tersebut, ibu-ibu yang menagamalkan pemakanan mengikut pertua diatas, peluang untuk mendapat anak yang dihajati adalah diantara 75 - 80 peratus. Tetapi apabila ibu-ibu tersebut tidak lagi mengikuti pemakanan yang ditentukan, hasilnya dengan sertamerta menurun menjadi 65, 60 dan 55 peratus


2. MELALUI MASA SUBUR SESEORANG


Waktu subur boleh diketahui dengan cara mengambil suhu badan ibu yang diambil sewaktu bangun dari tidur di waktu pagi. Bagi wanita yang waktu bekerjanya di sebelah malam, maka suhu badan boleh diambil selepas 6 jam tidur secara berterusan. Catatkan suhu badan selama berturut-turut untuk jangkamasa selama 3 bulan. Dengan cara ini anda akan dapat melihat satu bentuk geraf. Daripada geraf berkenaan anda dapat melihat bilakan masa subur anda. Dengan cara ini jantina anak boleh ditentukan, iaitu:

i. Untuk mendapat anak lelaki, persetubuhan perlu dilakukan pada hari subur

ii. Unutuk mendapat anak perempuan pula, persetubuhan perlu dilakukan 24 jam sebelum waktu subur.

Keadaan ini terjadi kerana di dalam air mani lelaki terkandung berjuta-juta benih yang berbentuk seperti Y dan X, sementara di dalam benih perempuan pula terkandung benih X sahaja. Sekiranya benih lelaki yang berbentuk X bercantum dengan benih perempuan maka ia akan menghasilkan XX iaitu anak perempuan. Manakala benih lelaki yang berbentuk Y apabila bercantum dengan benih perempuan akan menghasilkan XY iaitu anak lelaki.

Benih Y ini dikatakan lebih cergas dan pantas bergerak daripada benih X, tetapi benih berkenaan tidak dapat hidup lama iaitu dalam masa 24 jam sahaja. Benih X pula walaupun agak perlahan pergerakannya, tetapi boleh hidup lebih daripada 24 jam.


3. TAHAP KEASIDANAN


Tahap keasidan lendir di dalam kemaluan perempuan dikatakan boleh menentukan jantina anak.

i. Untuk mendapat anak perempuan cecair berkenaan perlulah berkeadaan asid. Oleh itu, dicadangkan supaya wanita membasuh kemaluan dengan sedikit asid cair sebelum melakukan persetubuhan.

ii. Unutuk mendapat anak lelaki pula, cecair berkenaan perlulah berkeadaan alkali. Oleh itu, dicadangkan supaya wanita membasuh kemaluan dengan “bikarbonat” yang beralkali sebelum melakukan persetubuhan.


4. TAHAP KEPUASAN ISTERI

Adalah juga dikatakan bahawa jantina anak boleh ditentukan oleh tahap kepuasan isteri semasa melakukan persetubuhan, iaitu:

i. Untuk mendapat anak lelaki, isteri perlu mendapat kepuasan yang tinggi kerana ianya akan mengeluarkan cecair beralkali apabila ia mendapat kepuasan semasa persetubuhan. Dalam keadaan alkali akan meransang pergerakan benih Y.

ii. Unutuk mendapat anak perempuan pula, isteri tak perlu mendapat kepuasan yang tinggi bagi mewujudkan keadaan berasid yang seterusnya akan meransang pergerakan benih X.

Namun begitu semua yang berlaku adalah kehendak Tuhan. Kita hanya boleh merancang. Sehingga kini, ketepatan petua-petua di atas adalah diantara 70 - 80 peratus, mengikut Prof. Dr. Hamid Arshat, Pakat Sakit Puan.