Saya suka membaca petua-petua lama dan baru...baik untuk dicuba...baik untuk diri, baik juga untuk keluarga...
adakah saya pengamal tegar petua-petua yang saya kutip dan titip ini?..hehehe , insyaAllah..
i likeee :)
*Menghilangkan Karat Kepada Pakaian:
Perahkan air limau nipis ke dalam bekas berisi satu sudu kecil garam halus.kacau hingga sebati dan sapukan kepada pakaian yang terkena karat. biarkan beberapa minit sebelum dibubuhkan sabun dan diberus seperti biasa.
*Hampas Teh Suburkan Tanaman:
Taburkan hampas teh di sekeliling pokok hiasan di dalam pasu dan siramlah tanaman itu seperti biasa, dalam beberapa hari, tanaman anda akan menjadi lebih subur dan hijau.
* Merawat Kulit Berkedut:
Parutkan sebatang lobak merah yang telah dibersihkkan, lalu dicampurkan bersama sesudu tepung jagung dan sebiji kuning telur. sebatikan bancuhan itu lalu dioleskan kepada kulit sekali sehari. amalkan sehingga berkesan.
*Segarkan Mata:
Sapukan minyak zaitun di sekeliling mata sebelum tidur.
*Kunyit Atasi Hidung Bayi Tersumbat:
Asahkan ibu kunyit kepada batu atau belakang pasu yang bersih, dan sapukan
airnya secara nipis di sekeliling hidung bayi. awas! jangan biarkan air itu meleleh ke dalam hidung.
*Menaikkan Seri Muka:
Basuhkan muka anda dengan menggunakan air basuhan beras yang ke tiga.
bilas dengan air bersih setelah sepuluh minit berlalu. amalkan selalu.
*Limau Nipis Mewangikan Rambut:
Potong dua biji limau nipis melintang. Kemudian gosokkan ke kulit kepala yang telah dibasahkan. gosok rata sehingga air limau meresap ke akar rambut. biarkan beberapa minit sebelum dibilas.
*Ubati Bibir Yang Pecah:
Bancuhkan air suam bersama gula merah dan sedikit asam jawa kemudian diminum beberapa kali.
*Menghilangkan Kembong Perut.
Ambil tiga helai daun mengkudu muda dan sapukan minyak kelapa. kemudian
layurkan ke atas api selama dua minit. setelah itu, daun yang masih panas
ditekapkan kepada perut.
*Atasi Tumit Pecah:
Gosokkan tumit kaki dengan menggunakan belimbing buluh. kemudian berus tumit
kaki dengan berus lembut. amalkan sebelum mandi.
*Melembutkan Tapak Kaki:
Ambil sedikit hampas kelapa dan campurkan dengan air perahan limau nipis. gosokkan tapak kaki dengan bancuhan itu berulangkali. amalkan sekurang - kurangnya seminggu untuk mendapat hasilnya.
*Menghapuskan Urat Timbul Dikaki Sewaktu Mengandung:
Belah beberapa ulas bawang putih lalu ditenyeh kepada urat yang mula timbul. amalkan selalu.
*Menghalau Semut:
Masukkan beberapa batang kulit kayu manis dan bunga cengkih ke dalam bekas berisi gula.
*Mengelakkan Lipas:
Ambil beberapa helai daun pandan dan letakkan di tempat kegemaran lipas seperti almari pakaian dan ceruk-ceruk dapur. apabila daun pandan itu sudah layu, gantikannya dengan daun-daun baru.
*Hilangkan Lebam Di bawah Mata:
Sapukan bahagian lebam itu dengan air perahan limau nipis. lakukan beberapa
kali.
*Meredakan Batuk:
Rendamkan gula batu, getah anggur dan kembang semangkuk selama semalaman di
dalam jag berisi air masak. berikan minuman ini kepada orang yang batuk sekerap mungkin.
*Mengembalikan Seri Muka Selepas Bersalin:
Rebus beberapa tangkai daun inai dan minum airnya tiga kali seminggu.seeloknya pada waktu pagi dan malam.
*Menghaluskan Kulit Muka:
Bancuh sedikit asam jawa bersama air dan sesudu tepong ubi. kacau sehingga
ia menjadi larutan pekat. pupurkan kepada muka yang telah dibersihkan. biarkan ia mengering lebih kurang limabelas minit. selepas itu barulah dibilas.
*Putihkan gigi:
Sebelum kita mengosok gigi dengan menggunakan ubat gigi... gosoklah gigi dengan menggunakan SERBUK PENAIK atau lebih di kenali sebagai SODIUM BIKARBONAT terlebih dahulu.Kumur dan gosoklah gigi dengan ubat gigi seperti biasa. Amalkan petua ini seminggu dua ke tiga kali.
*Pecah Lemak
Mereka yang berhadapan dengan masalah berat badan sanggup mengeluarkan perbelanjaan yang besar bagi mendapatkan bentuk badan yang cantik. Walau bagaimana pun pelaburan itu ada kalanya mengecewakan. Jangan putus asa dan apa kata cuba petua tradisional. Selain mudah diamalkan, ia juga tidak memerlukan kos yang tinggi. Sediakan kapur sirih dan campurkan ia dengan limau nipis serta ragi. Setelah digaul sebati, sapukan pada tempat yang diingini seperti perut, paha, betis, lengan atau pun keseluruhan tubuh. Untuk mendapat hasil yang menggembirakan, amalkan petua ini sekerap yang mungkin.
Faridah Omar, Jerantut, Pahang.
*Petua Siku & Lutut Cantik
Majoriti di kalangan kita berhadapan dengan masalah siku dan lutut kehitam-hitaman dan mati kutu. Bagaimana mahu merawat masalah ini sekali gus menjadikannya cantik seperti asal. Petua yang mudah diikuti ialah dengan memarut buah nanas segar yang telah dicuci bersih. Setelah mendapat kuantiti yang mencukupi, sapukan ia pada siku serta lutut. Gosok bahagian itu perlahan-lahan dan biarkan selama beberapa minit agar zat semula jadinya dapat memberikan kesan yang baik. Selepas itu bilas dengan air suam sehingga hilang rasa melekit. Keringkan dengan tuala bersih dan jangan lupa untuk menyapukan minyak bayi atau pun pelembap. Petua ini boleh diamalkan sekerap mungkin dan selamat menikmati hasilnya.
Siti Nora Sani, Segamat, Johor.
*Petua Turun-Temurun Atasi Jeragat
Semakin usia meningkat, semakin banyak jeragat akan kelihatan dan ia memang menggusarkan sesiapa sahaja. Selain rawatan di pusat kecantikan, anda juga boleh mencuba petua turun- temurun ini. Sediakan dua inci daun betik muda, segenggam beras, air dan satu inci kulit kayu manis. Terlebih dahulu, beras perlulah direndam semalaman. Keesokannya, kisar beras itu bersama-sama daun betik serta kulit kayu manis. Setelah siap, sapu atau gosok perlahan-lahan pada seluruh wajah. Biarkan ia kering dalam 20 minit sebelum boleh dibilas dengan air suam. Semoga petua ini dapat membantu mengurangkan tompok-tompok hitam sekali gus menyerlahkan kecantikan semula jadi.
Fatimah Ahmad, Kangar, Perlis.
*Petua Anti Kedut
Pisang kaya dengan potasium yang baik untuk kesihatan. Selain sedap dimakan, pisang juga dapat membantu mengurangkan kedutan pada wajah akibat penuaan. Caranya ialah dengan memotong pisang dengan saiz kecil dan kemudian dikisar sehingga halus. Selepas itu, sapukan krim pisang itu pada wajah dan biarkan selama 10 minit sehingga 15 minit. Seterusnya bilas dengan air suam dan sekali lagi dengan air bersih. Masker pisang ini seelok-eloknya dilakukan sekali dalam seminggu bagi merasai perbezaannya. Petua ini begitu diamalkan dan selamat mencuba.
Nur Amira Abdul Halim, Sungai Buloh, Selangor.