Tuesday, 27 November 2012

Angin Medu..sakitnyaaa.


Khamis - 15/12/12 : Aku temankan adik birasku ke tempat kerja..sekembali dari putrajaya , tidak semena2 aku di serang sakit perut yg teramat sgt. Nak muntah x boleh, sebu x terkata.

sampai mlm aku menahan sampai x ble bangun..nak tdo pn sakit memanjang . Aku tekan2 sampai kuar sume makanan yg di makan siang hari tadi. Ingatkan aku nk bertolak balik Klang pas kerja tp aku plak x ble nak drive dah..sudahnya aku terlantar sakit di rumah birasku..

Sakit yang tidak tertanggung lg dah, persis nak beranak...birasku menggesaku pergi urut..nak tak nak aku gagahkan diri bangun dan berjalan..rupa2nya aku diserang angin medu..lama aku tak mengurut, pas urut rase lega..tapi aduhai sakit gila kene urut...dek sakitnya perut aku...alhamdulillah.harap2 aku x kene lg keadaan ni..pas ni aku kene jaga makan minum..dan pergi urut sebulan sekali..doakan aku yerr..

Nasihat Untuk Pengidap Medu Angin

Orang-orang yang mengidap penyakit medu angin dinasihatkan menjaga pemakanan. Berikut ialah di antara jenis-jenis makanan & minuman yang dilarang makan/minum untuk sementara waktu kepada pengidap sakit ini;

1.    Makanan / minuman yang sejuk. Cth;
    • Tembikai, pisang goreng/mentah, duku, ciku, manggis dan betik.
    • Kangkung, kacang panjang, kacang bendi, labu, terung, keladi dan kacang hijau.
    • Air batu, air wap, air kelapa dan air teh.

2.    Makanan / minuman masam(berasid). Cth;
    • Mempelam masam, semua jenis jeruk, acar, cuka dan limau masam.
    • Daging kerbau.

3.       Makanan / minuman bergas. Cth;
a.      Durian.
b.     Tapai.
c.      Air botol/tin bergas.

4.     Makanan / minuman mengandungi kafein. Cth;
a.      Kopi, Nescafe, Indo Cafe dan seumpamanya.
b.     Rokok.

5.     Lain-lain makanan / minuman yang boleh mendatangkan angin. Cth;
a.      Petai, jering dan kerdas.
b.     Susu tin (cair,krimer atau pekat manis).

Cuba elakkan daripada mengambil makanan/minuman yang tersebut di atas kerana ia boleh menyebabkan penyakit yang anda hidapi akan menjadi lebih parah. Kami juga menasihatkan agar pengidap sakit ini mengamalkan/menjaga tabiat harian mereka sebagaimana berikut;

  • Sekiranya anda rajin, buatlah senaman regangan urat sewaktu hendak tidur dan baru bangun dari tidur.
  • Kalau dapat, jangan tidur malam dengan berkipas. Seandainya hendak berkipas juga, jangan pasang kipas terlalu kuat. Jika anda menggunakan penghawa dingin, hendaklah mengenakan selimut.
  • Selalu amalkan meminum segelas air masak/suam pada waktu pagi supaya perut kita tidak kosong.
  • Jangan biarkan perut kosong. Sekiranya terasa lapar dan tidak dapat makan banyak, makanlah sedikit agar perut tidak masuk angin.
  • Apabila anda terasa ingin buang air besar atau kecil, bersegeralah ke tandas.
  • Jika anda terasa ingin buang angin, jangan ditangguh-tangguh. Lepaskanlah... . Kalau malu, tahan sekejap dan pergi ke tempat jauh dari orang dan lepas... 

No comments:

Post a Comment