Khamis - 15/12/12 : Aku temankan adik birasku ke tempat kerja..sekembali dari putrajaya , tidak semena2 aku di serang sakit perut yg teramat sgt. Nak muntah x boleh, sebu x terkata.
sampai mlm aku menahan sampai x ble bangun..nak tdo pn sakit memanjang . Aku tekan2 sampai kuar sume makanan yg di makan siang hari tadi. Ingatkan aku nk bertolak balik Klang pas kerja tp aku plak x ble nak drive dah..sudahnya aku terlantar sakit di rumah birasku..
Sakit yang tidak tertanggung lg dah, persis nak beranak...birasku menggesaku pergi urut..nak tak nak aku gagahkan diri bangun dan berjalan..rupa2nya aku diserang angin medu..lama aku tak mengurut, pas urut rase lega..tapi aduhai sakit gila kene urut...dek sakitnya perut aku...alhamdulillah.harap2 aku x kene lg keadaan ni..pas ni aku kene jaga makan minum..dan pergi urut sebulan sekali..doakan aku yerr..
Orang-orang
yang mengidap penyakit medu angin dinasihatkan menjaga pemakanan. Berikut
ialah di antara jenis-jenis makanan & minuman yang dilarang makan/minum
untuk sementara waktu kepada pengidap sakit ini;
1. Makanan / minuman yang sejuk. Cth;
- Tembikai, pisang goreng/mentah,
duku, ciku, manggis dan betik.
- Kangkung, kacang panjang,
kacang bendi, labu, terung, keladi dan kacang hijau.
- Air batu, air wap, air kelapa
dan air teh.
2. Makanan / minuman masam(berasid). Cth;
- Mempelam masam, semua jenis jeruk,
acar, cuka dan limau masam.
- Daging kerbau.
3. Makanan / minuman
bergas. Cth;
a.
Durian.
b.
Tapai.
c.
Air botol/tin
bergas.
4. Makanan / minuman
mengandungi kafein. Cth;
a.
Kopi, Nescafe, Indo
Cafe dan seumpamanya.
b.
Rokok.
5. Lain-lain makanan /
minuman yang boleh mendatangkan angin. Cth;
a.
Petai, jering dan
kerdas.
b.
Susu tin
(cair,krimer atau pekat manis).
Cuba elakkan daripada mengambil makanan/minuman yang tersebut di atas
kerana ia boleh menyebabkan penyakit yang anda hidapi akan menjadi lebih
parah. Kami juga menasihatkan agar pengidap sakit ini mengamalkan/menjaga
tabiat harian mereka sebagaimana berikut;
- Sekiranya
anda rajin, buatlah senaman regangan urat sewaktu hendak tidur dan baru
bangun dari tidur.
- Kalau
dapat, jangan tidur malam dengan berkipas. Seandainya hendak berkipas
juga, jangan pasang kipas terlalu kuat. Jika anda menggunakan penghawa
dingin, hendaklah mengenakan selimut.
- Selalu
amalkan meminum segelas air masak/suam pada waktu pagi supaya perut kita
tidak kosong.
- Jangan
biarkan perut kosong. Sekiranya terasa lapar dan tidak dapat makan
banyak, makanlah sedikit agar perut tidak masuk angin.
- Apabila
anda terasa ingin buang air besar atau kecil, bersegeralah ke tandas.
- Jika anda terasa ingin buang angin, jangan ditangguh-tangguh. Lepaskanlah... . Kalau malu, tahan sekejap dan pergi ke tempat jauh dari orang dan lepas...