Sunday, 1 December 2013
Tuesday, 30 July 2013
Tragisnya kematian cinta
Tiada kesedihan yang paling hebat bagi seorang isteri lebih daripada matinya cinta suami. Suami curang atau berkahwin lain boleh mematikan terus semangat hidup isteri. Namun segala perancangan manusia itu amatlah lemah dibandingkan dengan perancangan Allah Taala.
Ramai wanita yang bersuamikan lelaki-lelaki soleh pun boleh dikejutkan oleh kematian cinta. Lelaki yang tidak pernah menduakan, yang sentiasa melindungi, penuh kelembutan dan kasih sayang. Tiba-tiba cinta lelaki sempurna ini berakhir dengan tragis.
Ajalnya sudah menjemput tanpa memberi peluang untuk isteri bersedia ditinggalkan. Siapa saja boleh mati dulu, tidak kira tua atau muda, isteri atau suami. Kadang-kadang suami yang sakit bertahun-tahun akhirnya isteri dulu yang Allah Taala panggil pulang. Segala kisah cinta dan kehidupan mereka akan dipertanggungjawabkan di sisi Allah SWT.
Ramai isteri yang menyesal kerana tidak dapat berbuat baik kepada suami semasa hidupnya. Apabila kematian itu datang mengejut yang diingat hanya dosa-dosa pada suami. Lembaran kenangan bersama suami ditangisi disebabkan peluang untuk mencintai dengan sempurna telah tamat.
Isteri menangisi lembaran-lembaran hitamnya dalam perkahwinan. Teringat semasa dahulu dirinya tidak menghiraukan pujukan suami, tak pedulikan permintaannya, buat tak tahu kesedihannya.
Makan minum suami tidak dijaga, ergi berlalu saat suami mahukan teman bicara, terlalu ghairah ke luar rumah sehingga tiada masa memahami suami. Konflik demi konflik silih berganti, selalunya suami saja yang mengalah. Isteri yang menyesal dan bertaubat tetap akan mengingat kesedihan ini, ia seksaan daripada Allah SWT di dunia supaya dirinya sedar.
Eloklah jika kita saling beringat, supaya hal ini tidak terjadi dalam rumahtangga kita.
Dosa suami pada isteri
Para suami pula ramai yang berdosa kepada isteri, antara dosa-dosa mereka adalah melalaikan tanggungjawab nafkah sehingga isteri terpaksa menambah pendapatan dengan keluar bekerja.
Apabila isteri bekerja suami pula menuntut apa yang isteri tak sanggup buat di rumah. Kerja-kerja rumah dibiarkan isteri uruskan sendiri, mendidik anak-anak dan melayan suami yang cerewet meminta itu ini.
Isteri yang letih dimarahi, diancam poligami, kalau isteri berduit suami dulu yang ‘mengepau’ sampai dia tidak merasa hasil jerih payahnya sendiri. Suami mahu dilayan macam raja, isteri hanya dipergunakan sebagai hamba.
Isteri yang malang ini tiada masa untuk beribadah, asyik bekerja ke sana ke mari. Fikirannya berserabut kerana sikap suami yang pentingkan diri. Di samping itu anak-anak semakin menuntut perhatian untuk disayangi.
Rumah bukannya tempat yang seronok untuk diduduki melainkan sekadar tempat merehatkan badan, untuk tidur semata-mata kemudian pergi. Hidup ini bukannya lama, jika suami dan isteri tenggelam dalam keletihan mengejar duniawi apalagi yang boleh diharap dengan perkahwinan sebegini?
Firman Allah Taala menempelak mereka yang bermaksud:
“Maka adakah patut kamu menyangka bahawa Kami hanya menciptakan kamu (dari tiada kepada ada) sahaja dengan tiada sebarang hikmah pada ciptaan itu? Dan kamu (menyangka pula) tidak akan dikembalikan kepada Kami?"(Surah Al-mukminun ayat:115)
Tiada masa untuk isteri beribadah dengan khusyuk, suami pula kerana cetek ilmu agamanya tiada langsung memberi tunjuk ajar bagaimana menjadi mukmin yang hakiki. Akhirnya isteri lalai meninggalkan suruhan yang fardu apatah lagi yang sunat, padahal Allah hanya mengasihi orang-orang yang mengerjakan suruhan-Nya. Sebagaimana hadis NAbi SAW yang bermaksud:
“Tidak ada taqarrubnya seorang hamba kepada-Ku yang lebih aku cintai kecuali dengan beribadah dengan apa yang telah Aku wajibkan kepadanya. Dan hambaKu yang selalu mendekatkan diri kepada-Ku dengan nawafil (perkara-perkara sunnah di luar yang fardhu) maka Aku akan mencintainya.” (Hadis riwayat Imam Al-Bukhari)
Mengingati mati
Apakah nasib isteri setelah tenaganya diperah untuk keluarga tetapi dirinya terkorban angkara suami yang mengkhianati amanah perkahwinan? Isteri yang insaf seharusnya tidak meletakkan nasib badannya di akhirat pada bahu suami seorang sahaja.
Suami dan isteri harus memainkan peranan merubah keadaan yang tak baik menjadi baik. Mengingati mati merupakan ubat yang paling mujarab untuk suami dan isteri yang berdosa.
Apabila anda bangun malam ini ketahuilah bahawa Allah SWT yang membangunkan anda. Kemudian lihatlah insan yang terbaring di sisi, bersediakah anda menerima khabar bahawa cinta hati anda itu telah menghadap Ilahi?
Yang tidur hanya jasadnya, rohnya kini entah di mana. Sedangkan anda masih saja rasa aman dengan maksiat kepada Allah dan dosa kepada kekasih hati. Tolonglah bersihkan diri dan basahi anggota dengan wuduk supaya berguguran dosa-dosa itu.
Kemudian lafazkan takbir dan bersujud seolah-olah inilah sujud yang terakhir. Malam ini anda mungkin tidur sendirian, kerana suami belum tentu pulang membawa roh dan jasad. Bagaimana jika dia pergi di tengah-tengah kesibukan dunia yang melampau, sedangkan anda tidak bersedia menerima khabar dukanya. Jika suami isteri tidak ingat tentang kematian, mestilah perpisahan sebegitu amat menyedihkan. Berkumpul dan berpisah akan indah dikenang jika keduanya sama beriman.
Secebis perkongsian daripada Dr. Juanda berkenaan isu kematian cinta dalam ruangan Sri Wanita Anggun dalam keluaran MW 1540. Dapatkan majalah MW terbaru di pasaran dengan paparan isu yang lebih menarik dan perkongsian tip daripada pakar.
Oleh:Dr. Haji Juanda Haji Jaya
Sunday, 21 April 2013
EGO LC
Aku tengah berangan nak naik motor. Sejak wira aku rosak , aku dh patah kaki..sayap plak x de..payah nak terbang kemana2. hampir 6 bulan tersadai mcm tu aje, sbb budget lari x dapat aku nak kejar.
Pada fikiran aku ni, daripada tukar enjin lebih baik aku beli baru..dah banyak sangat masalah dia. dah 11 tahun pn ..tapi hal lain plak yang menghalang hasrat nak beli kereta baru..sungguh dugaan ..aku terpaksa menumpang orang pergi dan balik keje..klo untung nasib ada ade lah org ambik. Klo tidak aku bergegas kene tumpang org ke stesen komuter seksyen 19 tu...balik plak mak ambik aku kt tepi jalan..kesian kat mak..
tapi aku x kan lupa betapa mak sangat setia dengan tanggungjawab..sejak aku kecik sampai aku dh besar beranak pinak mcm ni pn mak masih pikul tanggungjawab seorg ibu.
tidak semena2 air mata aku berjujuran atas motor , di belakang mak..mak x nak suruh ayah yg amik sbb payah berckap dgn org tu, mak pn malas nk mintak adik aku amik aku sbb adik aku tu angin x tentu hala..at last mak yg amik aku.
maafkan aku mak , aku selalu susahkan mak. aku sangat2 terharu. dapatkan aku jadi macam mak, kasihmu sungguh jitu sampai ke hujung nyawamu.
aku pn x tau la, macam mane nak bawak motor ni nanti, tapi yg pasti kene gi amik lesen dlu..kira2 aku dh kene tipu dulu semasa amik lesen kete..klo kat selangor boleh dapat semua lesen kete dan motor. tapi kat tempat tu plak x ble, kene bayar lain2, kene amik sekali lagi..at last jd cmni la.
haaa, ni dia calon2 motor yang dirasekan sesuai.. antara Honda icon, Yamaha EGO S, atau EGO LC dari kategori skuter. pening aku nak memilih antara 3 calon ni. dah x de pilihan lain, aku kene beli motor ni jugak sementara nak settelkan loan umah dan kereta. hubby plak dah nak bertolak ke Paris ..akuuu??? Ya Allah kurniakanlah aku kekuatan dan kesabaran dalam menempuh ujian dan dugaan demi dugaan ini.
Dan akhirnya aku pilih EGO LC, kenapa???banyak bende aku nak konsider.huhuhu tengok la kat bawah ni details about EGO lc. aku copykan semua untuk tatapan bila2 rindu...:)
EGO LC
"Yamaha Malaysia, Hong Leong Yamaha has introduced Ego LC, the latest variant of EGO. As the sister model with Yamaha Mio 125 in Thailand and Yamaha Luvias 125 in Vietnam, Yamaha Ego Lc is powered by 4-stroke, liquid cooled engine which produces high compression ration for astrong torque reply from low to mid acceleration. By using DIasil Cylinder help to give more power and engine cooling for long distance travel. It’s also use forged pistons to reduce vibrations and this provides comfort and better acceleration. The new 125 cc Yamaha Ego LC price is said to be at RM5450.00 excluding road tax, insurance and registration. The price for Yamaha Ego LC OTR (on the road) is around RM5800.00 withfirst-party all rider insurance, road tax and registration cash. Or a 2-year motorcycle loan of Yamaha Ego LC with RM2200 down paymentand RM210 monthly.
NEW YAMAHA EGO LC 125CC
NEW YAMAHA EGO LC 125CC
Ego is very popular, especially to town commuter. It is almost perfect for a trip to office or to the grocery stores. Good acceleration, reliable engine, very customisable. But with its small body, it is not recomended for high speed riding long distance journey. Anyway, what’s great about this Ego LC is the bike under seat compartment at 12.8 liter which can accommodate helmet easily. This volume is much bigger compared to Lagenda 115ZRunder seat compartment at only 7.0 liter. In another hand, the liquid Cooling key features found in Ego LC provides a more stable engine temperatures. Moreover,The Throttle Positioning Sensor (TPS) sensor which provides a better timing to “ignition timing” of the different conditions, once it returns to save fuel consumption.
The New Ego LC features an exceptional Style according to themes of FUN…. SPORTS…. FASHION…. FREEDOM with 4 different colors, white, green, red and blue black
-4-Stroke Liquid Cooled 125cc Engine:
A high compression ratio engine with strong torque for excellent low to mid speed acceleration.
-Main Switch:
Comes with a push-lock key hole shutter for anti-theft function.
-Storage Box:
Large 12.8 liter capacity space offers convenient storage for helmet and other items.
-Twin Headlamp with Handle Lights:
Super sporty for better illumination in both day & night riding.
-Meter Panel:
New easy to read meter panel for rider’s visual convenience.
-Real Taillights:
New trendy design compliments the overall bike styling.
-Cast Wheel and Tubeless Tyre:
Sporty design for a safe and comfortable ride. "
Yamaha Ego LC specs:-
Engine:-
Type: Liquid-cooled 4-stroke, SOHC 2valve
Cylinders: Forward-inclined single cylinder
Displacement: 124.9 cm3
Bore x Stroke: 52.4mm x 57.9mm
Compression Ratio: 10.9:1
Maximum Horsepower: 7.8kw @ 8000 rpm
Maximum Torque: 10.0 N.m @ 7000 rpm
Starting System: Electric start & kick starter
Lubrication System: Wet sump
Engine oil capacity: 0.9 L
Fuel tank capacity: 4.1 L
Carburetion: BS26
Ignition system: C.D.I. (digital)
Transmission:-
Primary reduction ratio: 2.625
Secondary reduction ratio: 3.750
Gear ratios: 2.540-0.838
Clutch type: Dry, centrifugal automatic, Coil spring
Transmission: V-belt automatic
Type: Liquid-cooled 4-stroke, SOHC 2valve
Cylinders: Forward-inclined single cylinder
Displacement: 124.9 cm3
Bore x Stroke: 52.4mm x 57.9mm
Compression Ratio: 10.9:1
Maximum Horsepower: 7.8kw @ 8000 rpm
Maximum Torque: 10.0 N.m @ 7000 rpm
Starting System: Electric start & kick starter
Lubrication System: Wet sump
Engine oil capacity: 0.9 L
Fuel tank capacity: 4.1 L
Carburetion: BS26
Ignition system: C.D.I. (digital)
Transmission:-
Primary reduction ratio: 2.625
Secondary reduction ratio: 3.750
Gear ratios: 2.540-0.838
Clutch type: Dry, centrifugal automatic, Coil spring
Transmission: V-belt automatic
Chasis:-
Frame Type: Steel tube underbone
Overall Length: 1,850mm
Overall Width: 685mm
Overall Height: 1,060 mm
Seat Height: 750mm
Wheelbase: 1,260 mm
Min. Ground Clearance: 125mm
Weight: 104kg (with oil and a full fuel tank)
Underseat compartment volume: 12.8 liter (helmet can be accommodated here)
Frame Type: Steel tube underbone
Overall Length: 1,850mm
Overall Width: 685mm
Overall Height: 1,060 mm
Seat Height: 750mm
Wheelbase: 1,260 mm
Min. Ground Clearance: 125mm
Weight: 104kg (with oil and a full fuel tank)
Underseat compartment volume: 12.8 liter (helmet can be accommodated here)
Suspensions:-
Front: Telescopic
Rear: Unit swing
Brakes:-
Front: Single disc brake
Rear: Drum brake
Front: Telescopic
Rear: Unit swing
Brakes:-
Front: Single disc brake
Rear: Drum brake
Tires:-
Front: 70/90 – 14M/C 34P
Rear: 90/80-14M/C 49P
credit to: http://rmreview.com.my
Front: 70/90 – 14M/C 34P
Rear: 90/80-14M/C 49P
Subscribe to:
Comments (Atom)